Monday, March 22, 2010

pejam celik.celik pejam..
kuat lentang atas kantil..
peta di ukir atas batil..
sampah di kumpul dalam bilik..
argh!entah pape je aku merepek ni..
hm..
sedar tak sedar,dah nak habis dah semester satu aku kat perak ni.
result tak tahu lah macam mana kan..
hoho..
(final belum lagi dah pikir pasal result?aku yang kepelikan..)

besh ar stay sini.tak terasa yang aku jauh dengan family..enjoy gila kot..nak balik pun malas..

(mana tak malas nak balik,duduk atas kerusi bas 7jam beb!lenguh pinggul)

hm..doakan aku stay lama kat perak ye!tak lama nak final..nak buat betul-betul!hehe..doa korang di harapkan..hee..

oklah..time tu balik!balik bilik..buat kuat lentang lagi..hehe..wslm~!


berdoa!



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…


Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
(aku tak tahu nape post benda ni..hope,ummi dan abi aku tak baca..hehehe)

Monday, March 1, 2010

jalan sana situ sini!


yeah!setelah lama terperuk kt kolej,akhirnya kami berjaya memboloskan diri dari suasana kolej..




(ayat skema)




aku dengan kawan keluar gi holiday kat pahang..cewah!jauh tak?kalau dr johor mmg jauh.tp kalau dr perak,tak jauh ar..mmg ar kat cameron ni takda pape dan aku plak dah pernah gi dgn family,tp sbb gi dgn kawan,mmg terbaik!besh tuttt(bhs cover)!haha..

(takda kerja cari kerja)

(main nyorok-nyorok)

hmm..ni jela gmbr yg aku boleh upload..tenet tmpt aku ni slow skt..hade..bnyk lg sbnrnya gmbr yg smart..hehe..ok ar..cau!