Monday, October 25, 2010

saya rindu akan ummi dan abi!



“ada kawan saya, dia selalu contact mak dia. Ada kawan saya, mak dia selalu contact dia. Ada juga kawan saya yang dia selalu contact mak dia dan mak dia pun selalu contact dia. Sedangkan aku? Em..”


Ini lah yang selalu bermain di fikiran aku sejak kebelakangan ni. aku sangat merindui ummi dan abi aku! Minggu lepas, aku sempat pulang ke rumah untuk melawat mereka dan hajat utama aku balik ialah untuk memohon restu sebelum menduduki peperiksaan. Aku sampai rumah tengah malam, dalam pukul 12.00am. ummi dan abi sudah tidur. Tidak sempat aku untuk mengucup tangan mereka.Keesukkannya pula, aku tidur lambat. Aku mula tidur selepas subuh. Sekali lagi aku tidak berpeluang untuk mengucup tangan mereka. Tengah hari pula, abi pulang ke rumah. Tika itu, aku di bawah, di ruang tamu. Saat abi melangkahkan kaki ke dalam rumah, aku pantas melarikan diri ke atas menuju kamar aku. Aku terus membaringkan diri di atas katil. Tersentap aku bila terfikir “kenapa aku mesti lari ke bilik? Aku takut ke dengan abi? Aku malu ke dengan abi? Ya Allah! Nape aku buat macam ni?!”.setelah lama termenung, aku segera keluar bilik dan melangkahkan kaki ke ruang tamu untuk bertemu dengan abi. Dan aku kelihatan, abi sudah tiada. Aku mengintai di tirai ruang tamu dan kelihatan kereta abi juga sudah tiada.


Aku terus bertanya pada adikku

Aku : abi pergi mana?
Adik: kuala lumpur
Aku: dengan siapa?
Adik: sorang kot

Aku: abi drive sorang?

Adik: ye kot

Ya Allah! Menyesalnya aku! Aku dapat menatap muka abi dengan hanya beberapa saat je. Setelah beberapa jam, beberapa hari aku tidak dapat melihat muka abi, tapi bila berpeluang untuk melihat mukanya, aku hanya melihat dengan beberapa saat sahaja! oOh! Tidak!

Masa berlalu dengan begitu pantas. Tidak sedar aku yang sudah tiba masanya untuk aku pulang ke tempat aku menimba pendidikan iaitu di perak. Bas aku sampai jam 10pagi. Kebiasaannya kalau hari bekerja, aku akan menaiki teksi atau sahabat aku yang menghantar aku ke tempat menunggu bas. Tapi buat pertama kalinya, adik menghantar aku. Sedang aku menunggu dan tika itu adik sudah pulang, sempat juga aku mesej adik untuk betanyakan mengenai abi. Aku ingin tahu abi pulang bila. Dan aku di beritakan abi pulang petang. Tanpa aku sedar, hati aku meraung-raung ingin bertemu dengan abi. Tapi apa kan daya. Aku pujuk hati ku untuk bersabar


.

Isnin 25/10/10, ummi mesej aku dan bertanyakan tentang peperiksaan akhir semester aku. aku terseyum selepas membaca mesej itu dan tanpa membuang masa, aku meminta agar ummi memghubungi aku. dalam talian, kami sempat bercakap. Namun aku tidak pasti, kenapa ummi meletakkan talian begitu sahaja. adakah aku buat silap? Adakah idea aku tidak bagus? Aku tidak berniat lansung untuk menyusahkan ummi. Aku sekadar ingin meminta pendapat. Andai pendapat aku itu tidak bernas, aku perlukan nasihat dan dorongan dari ummi. Tepat jam 1.04am, aku berada di kamar. Aku termenung memikirkan hal ini. Aku tidak sedar yang air mata sudah mula membasahi pipi. Aku segera mencapai selimut dan menyelubungi diri aku di dalam selimut. Aku khuatir sahabat rumah sewa ini melihat aku menangis. Hati aku yang penuh dengan keegoaan membisik :Aku lelaki! Mana boleh nangis! Kalau kawan Nampak,macam mana?!Aku tidak peduli lagi dengan ego aku. aku tidak dapat menahan kerinduan ini! Dalam tangisan aku itu, aku cuba mengamalkan satu ilmu yang pernah aku pelajari ketika usia muda aku dulu.

Ilmu itu ialah :

Bisik dalam hati kita :

“ummi, saya sayang ummi! Abi, saya sayang abi!

“ibu, saya sayang ibu! Abah, sayang abah!”

Aku terus menerus pujuk hati aku supaya tenang. Aku menahan air mata aku dari terus menerus membasahi pipi. Dan akhirnya aku dapat menenangkan diri.


Saat ini, hari selasa 26/10/10, aku menaip post ini untuk meluahkan isi hati aku. aku sangat merindui ummi dan abi. Sangat dan sangat! Dapatkah ummi dan abi merasai betapa rindunya aku pada mu?.maafkan anakanda yang telah banyak menyusahkan ummi dan abi. Maafkan anakanda mu ini yang telah banyak memperhabiskan duit ummi dan abi. Ummi dan abi penat berkerja, apa yang anakanda mu ini tahu hanya minta, minta, minta...mesej ummi dan abi pun bukan untuk bertanya khabar tapi hanya ingin menyatakan duit sudah habis. Ya Allah! Apakah ini yang di namakan anak? Adakah aku layak di gelar anak? Atau aku hanya layak di gelar SI TANGGANG? Maafkan anakanda. Maafkan anas, ummi dan abi. Maafkan anas. =(

Monday, October 18, 2010

Pilih mana yang berkenan..


Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)



[Image:  46369180.jpg]
BABY WALKER




Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )



[Image:  17483520.jpg]
KETA TOLAK (STROLLER)







Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)


[Image:  22731129.jpg]

KETA MAINAN




Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)

[Image:  60925359.jpg]
KETA CONTROL BIASA2 JER





Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)


[Image:  34994593.jpg]
KETA CONTROL BERJENAMA




Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)

[Image:  48915134.jpg]
SUV,SEDAN,MPV DLL





Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)



[Image:  96334020.jpg]
KERETA KERUSI RODA





Peringkat akhir.....pabila tiba masanya


[Image:  82953051.jpg]
KERETA JENAZAH