Monday, October 31, 2011

dewasakah aku?

tiap kali aku bangun dari tidur, aku akan termenung seketika.
memikirkan perjalanan hidup aku, yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk melangkah keluar dari universiti dan memulakan hidup sebagai seorang dewasa...
terbayangbayang lagi aku masa di zaman kanakkanak, bermain, berhibur, tanpa memikirkan apaapa pun. tanpa memikirkan masa hadapan. tanpa memikirkan kehidupan...
andai aku di beri peluang, aku yakin dan pasti, aku tidak mahu menjadi seorang DEWASA!


aku benci dengan perkataan DEWASA! BENCI!
bila dah DEWASA, kena cari duit sendiri, kena buat keputusan sendiri, kena pikir tanggungjawab!...


tanggungjawab, aku bertanggungjawab dalam mengatur kehidupan aku...
TAPI, kenapa keputusan aku untuk mengatur hidup aku ,TIDAK PERNAH di restui?!
setiap kali aku buka mulut untuk berbincang, pasti ada bantahan terhadap perbincangan itu.
aku benci!


duit ohhh duit... duit itu rezeki... rezeki adalah milik kita... harta bukan milik kita...
rezeki setiap manusia berlainan. ada yang rezekinya di usia muda... ada rezekinya di usia tua.

aku hairan, ada sahaja mulut manusia yang berkata tentang duit... andai duit itu penting bagi anda, simpan lah ia, namun ingat, ia tidak boleh di bawa mati... jika rezeki anda belum sampai, bersabarlah...


ohh, terlupa... satu lagi, satu lagi aku benci menjadi orang DEWASA, kerana apa? sebab orang dewasa PERLU DI KRITIK... jika tidak di kritik, tidak sempurna lah hidup...
kadangkala, aku sangat membenci KRITIKAN! aku tahu ar aku tak pandai, tapi itu tidak bermaksud aku perlu di kritik... emm... namun apakan daya... kritikan menjadikan kita DEWASA dalam menjalani kehidupan...

ok... aku rasa aku dah cukup dewasa... semuanya aku dah tempuh dengan sabar... then kenapa orang DEWASA seperti aku perlu DI MARAHI? macam mana aku nak jujur, kalau aku jujur aku di marahi, so lebih baik aku berbohong... ATLEAST, berbohong boleh mintak maaf... takda la kena marah kan?........

Monday, October 3, 2011

mengapa...

eh.. apa salah aku ? susah sangat nak berbaik dengan aku... berdamai kan senang... aku taknak sakitkan hati sesiapa. aku nak berbaik dengan semua orang... salahkah niat aku ini?...










p/s : maaaaaaaaaaaaaaaaaaaafkan aku!

Sunday, August 28, 2011

senarai cctv.

KAWASAN SPEED TRAP

. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Benar atau salah, saya tidak pasti.Berhati² pulang beraya :)

Saturday, August 27, 2011

kisah aku dan dia!

setelah berabad aku tak mencoteng kisah kehidupan aku di sini, hari ini baru tergerak hati untuk conteng. hanya sekadar contengan bukan penulisan.sebab contengan tidak memerlukan gaya bahasa yang berbungabunga. almaklum la, aku bukan mat bunga.

kisah aku dan dia (atok aku)

sedang kami mengacau dodol, terdetik aku untuk bertanya

aku : kalau dodol ni dah masak, nanti warnanya bertukar jadi hitam ke?

atok : tak letak arang, macam mana nak jadi hitam? (sambil buat muka tak tahu)

aku jadi hairan untuk beberapa saat. setelah itu aku memandang wajah atok aku semula dan kelihatan dia sedang ketawa kecil... argh! geram aku di buatnya. dah la buat lawak, pastu buat muka tak tahu. patut ar aku rasa lain macam je. pergh! sungguh bodoh aku ni tak perasan pun itu jenaka. mana taknya, atok aku tu boleh plak dia buat muka tak tak tahu. geram je. huhu. tapi bila aku dah tengok dia ketawa, aku pun ketawa terbahakbahak la. dah la memang dia buat lawak, lagi satu aku ketawa sebab aku di permainkan. haha. sengal gak aku ni. atok,atokk... dah sakit pun boleh buat lawak.macam - macam karenah. apa-apa pun, makin tua atok aku ni, makin cool ar dia. besh. huhu. ok la. that all for today. tata.

pssst : nanti if aku dapat capture gambar atok aku buat lawak sambil muka tak bersalah, aku post kat sini eh...

assalamualaikum..