Friday, December 3, 2010

dugaan..

terlalu banyak dugaan yang menimpa aku akhir-akhir ini. sampai di saat ini, air mata aku hampir jatuh membasahi tilam. namun, aku tetap bertahan. aku menabahkan hati. menenangkan perasaan. menyimpulkan akal. bermacam-macam yang perlu aku kawal. aku cuba untuk terus menerus mengawal minda aku untuk memikirkan apa yang waras. o0o. bahasa post kali ni pun dah tunggang langgang seperti keadaan orang yang menaip juga. lagi kusut dan masai.

aku fobia menggunakan barangan mahal. aku fobia. memang besh guna barang mahal. tahan. smarties. tapi aku tak tahu kenapa lately ni, semuanya musnah! hancur! hilang! tiap kali aku pegang, aku memiliki, ianya seakan-akan di rampas. barangan mahal itu bukan maksud untuk meriak. ianya adalah satu ganti nama yang aku gunakan bagi barangan seperti laptop, kamera dan handphone.

buat pertama kalinya, handphone aku screennya pecah. aku tidak perasan masa bila ianya pecah. tapi seingat aku, aku meletakkan handphone itu di pocket belakang seluar aku. ia, bagi orang lain ianya logik jika screen handphone aku pecah dengan kondisi tempat yang aku letak di pocket belakang. tapi bagi aku, ianya tidak logik kerana aku telah biasa meletakkannya di kondisi itu. tapi kenapa pada saat itu, ianya pecah?

laptop. benda yang aku sangat sayang. benda yang mahal. benda yang aku impikan selama ini. dahla laptop, ciri-ciri laptop itu juga idaman aku. tapi, Allah lebih sayang laptop itu. laptop itu hilang akibat rumah sewa aku di pecah pada sekitar jam 6.30 pagi. pagi ye, bukan malam. sedih. sangat sedih. tak di gambarkan pada masa itu. bukan setakat sedih malahan cukup tension. laptop yang tak sampai setahun aku guna hilang dalam sekelip mata. laptop yang aku nak guna sampai akhir semester sesi pembelajaran aku di ambil orang. rasanya seperti kehilangan bini! sangat sedih! tension! marah!

di hari ini, kamera milik ummi ku pula screennya pecah. protector screen pecah. boleh if tak ganti tapi tak jamin berapa lama hayatnya. aku melaburkan duit dan meminjam duit untuk menggantikannya. buat pertama kalinya, aku menggantikan dengan duit aku. sedangkan phone aku pun aku tak ganti-ganti lagi screen. tapi apakan daya, malu kalau tak ganti. takut di marahi kalau nampak rupa kamera begitu.

o0o. sedih. aku seperti sudah gila. kalau aku mohon hospital bahagia, aku la orang yang paling layak. tak perlu nak temuduga lagi. comfirm dapat masuk hospital bahagia uh. tak kira la kat perak ke johor ke, comfirm dapat! serious!

Ya Allah. hanya Kau yang tahu apa yang terbaik baik buat aku. aku mampu untuk bersabar dan akan terus untuk bersabar dalam setiap apa yang Kau menduga aku.

ini baru cerita semester ni. eh bukan semester ni. cerita dua tiga bulan ni. Ya Allah. aku benarbenar fobia! fobia! taknak pegang kamera! taknak pegang laptop! taknak guna phone! argh. serious. nak nangis. =(

0 comments:

Post a Comment